Wednesday, 30 November 2011
Tuesday, 29 November 2011
NAK CITER PON MALAS....
Suatu masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka, tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.
Semasa perhimpunan tersebut, ada seorang lelaki mengaku, katanya..."Patik adalah yang paling malas."
Raja pun bertanya, "Apa tahap kemalasan tuan hamba?"
Lalu lelaki tersebut menjawab, "Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik."
Tiba-tiba datang seorang lagi lelaki lalu berkata, "Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku."
Tuanku pun bertanya kepadanya, "Setakat mana pula tahap kemalasan tuan hamba?"
Maka jawabnya, "Kalau patik makan pun, sampai ada orang yang tolong kunyahkan untuk patik, tuanku."
Raja itu pun terdiam seketika.....
Tanpa disangka-sangka, datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, "Patik adalah yang paling malas tuanku."
Lantas raja pun bertanya, "Bagaimana pula tahap kemalasan mu itu?"
Budak itu pun menjawab, "Nak citer pun malas...."
Raja: ~!@#$%^&*()_+!@#$%^&
Drama Tentang Dhia Slot Akasia TV3
Hati wanita mana yang mampu menahan duka lara tatkala dilanda badai ujian dan dugaan tanpa henti? Tentang Dhia sebuah kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan Grand Brilliance yang akan mula disiarkan pada 9 November ini.
Hasil nukilan dan arahan Azlina Pa’wan, Tentang Dhia dijayakan barisan pelakon hebat seperti Nora Danish, Adi Putra, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Tasha Shilla, Izreen Azminda dan Puteri Sarah. Jom layan sinopsis drama Tentang Dhia yang bakal ditayangkan dalam slot Akasia di TV3.
Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish) yang berdiri antara dua lelaki sangan dikasihaninya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai. Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustapha), dua lelaki berbeza daripada latar belakang.
Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa, Azmi adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, jejaka daripada keluaranga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.
Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melansungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam kesedihan dan kekecewaan. Namun hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan redha dengan apa yang berlaku.
Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi jerat dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.
Azmi dan Melly ditangkap khalwat penduduk kampung dan ditahan di balai polis. Sejurus mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlansung tidak lama lagi.
Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlansung seperti dirancang. Namun, majlis pertunangan mereka diserang keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab atas perbuatannya sehingga Melly mengandung.
Sekali lagi Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata. Bagaikan pelangi selepas hujan, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi dan mereka bekerja di firma sama. Zikir sangat diminati Rose (Tasha Shilla) yang juga seorang pekerja di firma milik beliau.
Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani isteri arwah Fendi, Suraya.
Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia. Kemanakah hala tuju Dhia setelah kehilangan Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalah hidup Zikir? Jangan lupa untuk menyaksikan kesudahannya dalam drama Tentang Dhia yang akan bersiaran sebanyak 26 episod dalam slot Akasia di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam.
Sumber: Berita Harian
Monday, 28 November 2011
BERCUTI DI SABAH
Tanggal 8 Ogos 2011 yang lalu...yang merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga, aku dan suami mengambil keputusan untuk bercuti di Sabah selama 3H2M...Best sgt kat sana...Banyak tempat menarik...Antara yang kami lawati adalah....
sementara menungggu ketibaan ERL @ Putrajaya Sentral
dah smp kat LCCT Airport
dalam flight...2jam gak nak smp Sabah...
en hubby da kebosanan....wat2 tido tapi sengeh2...hihi
ni kat pasar basah....
beso tak ikan tuna ni....
macam2 ikan ada....warna-warni plak tu..
ni plak kat pasar jual makanan
sementara menunggu waktu berbuka....al maklum la...time ni bulan puasa.....
sabar tau....(ckp dlm ati)
malamnyer kami jalan2 @ One Borneo....beso shopping complex ni....antara shoping complex paling besar di asia...
The Largest Lifestyle Hypermall la katakan....
posing jap kt depan pintu masuk...:)
waaaaa......syok nampak....
pun nak try jugak la...
sopan kan....
tinggi betul minah salleh ni....
yg berakal dan tidak berakal....
encemnya hubby aku.....
sempat possing sebelum memulakan perjalanan ke Kundasang....ada apa ye kat sana...
tgguuuuuu.....
muke serius memandu pasal berpose...then sebab keta guna power hand (xder power stering,sepenuh ati kalau nk coner tu)
Subscribe to:
Posts (Atom)











