Suatu masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka, tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.
Semasa perhimpunan tersebut, ada seorang lelaki mengaku, katanya..."Patik adalah yang paling malas."
Raja pun bertanya, "Apa tahap kemalasan tuan hamba?"
Lalu lelaki tersebut menjawab, "Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik."
Tiba-tiba datang seorang lagi lelaki lalu berkata, "Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku."
Tuanku pun bertanya kepadanya, "Setakat mana pula tahap kemalasan tuan hamba?"
Maka jawabnya, "Kalau patik makan pun, sampai ada orang yang tolong kunyahkan untuk patik, tuanku."
Raja itu pun terdiam seketika.....
Tanpa disangka-sangka, datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, "Patik adalah yang paling malas tuanku."
Lantas raja pun bertanya, "Bagaimana pula tahap kemalasan mu itu?"
Budak itu pun menjawab, "Nak citer pun malas...."
Raja: ~!@#$%^&*()_+!@#$%^&
No comments:
Post a Comment