Friday 21 September 2012

KAU YANG TERINDAH

Semalam tengok jalan citer ni...touching plak rasa.... Baik sungguh suami alisya (syamiel)....penyabar orangnyer...bertuahnya alisya dapat husband macam tu kan...:) tapi rasanya berbaloi setiap pengorbanan & kesabaran syamiel dalam melayan karenah alisya sebelum ni dengan perubahan yang ditunjukkan oleh alisya semalam...sejuk jer ati tengok bila suami isteri berdamai, saling memerlukan antara satu sama lain...sweetttttttt sangat2....aik, aku plak yg happy...hihihi....



Lagi touching bila alisya, syamiel dan firman bertentangan mata depan kaabah...bayangkan setelah sekian lama alisya ingin sangat bertemu dengan firman (kekasih hatinya) yang menjadi pujaan hatinya selama ini...yang dicari2 selama ini...berada di depan mata...menangis aku bila melihat alisya menarik tangan syamiel dan berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi...bayangkan apa perasan syamiel ketika itu...tentu dia gembirakan...:) sapa tak sayang bini beb...


 

Sedikit sinopsis "Kau Yang Terindah" ~ Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa). Firman juga bekerja menjadi pembantu bersama ibunya (Erma Fatima) di rumah Alisya.


Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi menolak pada awalnya. Tetapi lama kelamaan Firman juga jatuh cinta pada Alisya. Namun kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman.



Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim othman). Kapten Syamiel amat menyintai Alisya. Akhirnya Firman akur dan berhijrah ke Mekah. 
Antara barisan pelakon sensasi Slot Akasia "Kau Yang Terindah": Neelofa, Nazim Othman, Hafil Andrio Putra, Erma Fatima dan ramai lagi.

No comments:

Post a Comment