Friday, 30 December 2011

DAH SAMPAI KAMPUNG...SYOKNYER LA....

Alhamdulillah....akhirnya sampai jugak aku ke kampung halaman tercinta....setelah beberapa jam di atas highway....jarang2 aku balik kampung waktu pagi....pagi pun xla pagi sangat sebab semalam pun tak sempat kemas baju semua lagi, barang2 pun sepah2 lagi....bangun pagi tadi, lepas solat subuh sempat la jugak wat jemput2 untuk sarap...paling penting nescafe panas untuk hubby aku...sambil masak, sambil basuh pinggan mangkuk, clear mana yang patut....ye la kan....nak balik kampung bukan sehari dua...umah mesti la ditinggalkan dalam keadaan yang kemas dan bersih jugak....kat highway tadi pun, ada accident lori...yang peliknya macam mana enjin lori tu boleh tercabut then berada di posisi yang paling baik...kat lane paling kanan pulak tu....ramai yang memperlahankan kenderaan nak tengok, tu yang lagi menyebabkan jammed....nasib baiklah tak panjang sangat....lori tu pulak tersadai kat tepi jalan...nampak kesan remuk pada bahagian depan lori tu....ahhh...macam wartawan buat liputan la pulak..hehehe..tengok saje gambar kat bawah ni....sempat lagi tu..







tapi xpe, lepas dari kesesakan tu, kami meneruskan perjalanan....akhirnya sampai lah jugak kat tol simpang pulai....dalam hati, dah dekat dah dengan rumah umi..jam waktu tu menunjukkan 12.30 tghr....tetiba ada suara yang bertanyakan pada aku, cuk lapar x? ohhh..hubby aku tanya lapar ke tak, mesti dia nak belanja aku makan ni....ye la, pagi tadi sarap jemput2 je....aku ingatkaan hubby nak terus balik rumah, rupanya dia singgah kedai makan....order la minuman feberet aku, milo ais...arrghhhh...lega...sedap! nasi pulak aku minta separuh je kat makcik tu tapi dia bagi penuh jugak...ingat dalam hati...xpela, nanti hubby aku boleh tolong habiskan....hihihi..banyak macam lauk, tak tau pulak nak amik yang mana satu..puas tawaf meja lauk tu, akhirnya aku ambil ikan keli bakar cicah dengan air asam, perghhhhh....terbaik....sayur aku ambil masak lemak batang keladi..hubby pulak amik lauk paru ngan sayur pucuk...makan la kami berdua...erkkk..kenyang, alhamdulillah...selesai makan, hubby gi solat jumaat kat masjid sebelah kedai makan tu...layan punya layan...sampai la dah settle semuanya, kami otw gi bank lak..pastu gi pejabat lawyer...eh, cakap orang putih lak...:) kat lawyer firm tu, lenguh wei tangan ni menyain dokumen yang setebal agak2 5cm lebih kot....exercise tangan kata orang...dah settle satu bab, ingatkan boleh balik rumah dah....rupanya ada pulak kawan2 yang rindu nak jumpa kami...almaklum la, masing2 busy la katakan, time ni la pun nak jumpa pon.....dah jumpa, deme (cakap perak la pulak sebab kawan2 sume orang perak) ajak pi pekena mee kicap @ restoran sabar menunggu...(pelik tapi benar nama restoran dia memang macam tu)...dalam hati dah pikir, alamak....sabar menunggu???? sure servive lambat ni....rupanya tak, sabar menunggu sebab ada time2 yang memang pack giler customer yang datang nak beli makanan kat sini...tapi syukur alhamdulillah, masa kitorang gi makan tu, belum ramai lagi...service pun cepat...aku order kuewteow goreng kerang, hubby...kuewteow kari (dia memang hantu kuewteow kalau nak tau, jangan marah yer cuk...:p), member yang lagi sorang makan mee kicap...aku teringin na order mee kicap tapi xtau rupa dia macam mana, takut xsedap la pulak...tu yang order kuewteow kerang tu...makan habis, licin pinggan...sembang punya sembang, jam dah lewat petang, akhirnya baru lah aku sampai ke rumah umi....disambut oleh umi yang kebetulan masa tu ada depan pintu sebab ada jiran datang...sampai jugak di rumah untuk aku merehatkan diri...lepas makan tadi, umi masak sedap, banyak lauk, ada kurma kambing, masak lemak ikan merah, sambal tempoyak, ulam kacang botol ngan petai...perghhhh...ikan keli goreng, lauk apa lagi yer...banyak sangat tadi...tapi aku dah jatuh cinta ngan sambal tempoyak umi, ulam-ulaman, cicah ngan lauk keli goreng, kuah masak lemak....slrp!!! bertambah beb....macam mana la nak kurus macam ni...makan tak hingat......olalalalalalala....:D makan kenyang...mata pun kuyu jer...akhirnya..zzzzzzzzzzzzzzzzz...

Wednesday, 21 December 2011

KEHILANGAN RED PARROT...HUHU



 
dah mati lemas seekor ikan ni..huhu

SELAMAT HARI LAHIR EMAK...

hari ni 21.12.2011 bezday mak yang ke 60 tahun....selamat hari lahir mak....smga d pjgkan umur & dimurahkan rezeki dlm limpahan rahmat dan kasih sayangNya...smga berbahagia di smpg keluarga tersayang...luv u mak....muah!
 
 

Tuesday, 13 December 2011

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagisuami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya sepertigunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah  SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu  adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada  suaminya , manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4   wanita :  
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya ,   dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,  
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3.  taat  suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

'Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri '

RUMAHKU SYURGAKU....