Dalam episod-episod akhirnya, banyak babak2 sedih dan mendebarkan..
Sedikit sinopsis 10 episod terakhir drama ini, anda akan dapat saksikan konflik rumah tangga Ain dan Amir semakin menjadi-jadi. Kebaikan Amir terhadap Julia akan mendatangkan kesan buruk kepada rumahtangganya. Dugaan Julia semakin hebat dengan keadaan kandungannya yang bermasalah, hubungannya dengan bekas suaminya, Azwan juga bermasalah dan ditambah lagi dengan konfliknya bersama Ain. Mampukah Julia menghadapinya? Agak2 anda apa kesudahan nasib Julia? Jika tiada perubahan, akhirnya Julia hidup berdua bersama anaknya tanpa lelaki yang disayanginya. Amir bukanlah jodoh untuknya.. Andainya Julia dapat memutarkan waktu kembali, mesti dia tidak memungkiri janjinya untuk setia bersama Amir.
Fouziah Ghous sebagai Ain. Serius, cantik betul dia ni dalam montaj opening..
Lakonan Nabila Huda memang terbaik!
Menurut Nabila Huda menerusi Twitternya, banyak adegannya menangis dalam 10 episod terakhir drama Julia. Mesti tonton ni.. Sama-sama kita saksikan kesudahan drama ini yang mengharukan.