Pohon Mahkota Dewa (Phaleria Macrocarpa) berasal dari hutan belantara di Papua New Guinea atau Irian Jaya dan jika tanahnya subur, ketinggiannya boleh mencapai sehingga 5 meter. Buahnya berwarna merah menyala seperti epal dan boleh berbuah sepanjang tahun jika tidakdiganggu oleh pencemaran dan aktiviti manusia.
Sudah berkurun lama khasiat Mahkota Dewa menjadi rahsia istana Kesultanan Kepulauan Jawa. Sejak diketahui umum, Mahkota Dewa sehingga kini digunakan secara meluas dalam perubatan alternatif untuk merawat pelbagai jenis penyakit di Indonesia khususnya.
Khasiat Mahkota Dewa
Buah Mahkota Dewa Mengandungi Zat-zat Aktif seperti:
ALKALOID: berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutralkan racun-racun dalam badan
SAPONIN: menjadi sumber anti bakteria dan anti virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan mengawal gula dalam darah.
FLAVANOID: melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya pemyumbatan pada pembuluh darah, mengandungi anti imflamasi (anti radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangkan rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakkan.
POLIFENOL: berfungsi sebagai anti histamin (anti alergi)
Herba-Herba Terpilih & Kelebihannya
Kopi Arabica Mendahling adalah kopi kualiti terbaik dan mempunyai kafein yang sangat rendah
Khasiat utama Ginseng adalah untuk meransang pembentukan darah, melancarkan sistem peredaran darah sekaligus menguatkan jantung.
Khasiat Lempoyang mampu mencegah dan merawat kanser pangkal rahim. Bertindak balas terhadap sel-sel kanser tanpa menganggu sel dan tisu normal yang lain
Temulawak digunakan sebagai agen pencegahan penuaan, penawar sakit puan, masalah hati, demam kuning dan batu karang
Goji dapat membantu memperbaiki kualiti darah & kesihatan saluran darah bagi memastikan kesemua organ penting memperolehi zat dan oksigen yang cukup bagi menguatkan fungsi mereka.
Kayu Manis dapat mengatasi kencing manis, menurunkan kadar gula dalam darah, mengurangkan kolestrol dan lemak serta diabetis.
Halia Dapat membantu proses penghadaman, menguatkan tenaga batin, membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.
Buah Pala dapat membantu melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema dan lenguh-lenguh sendi
Kulit Manggis mengandungi xanthone sebagai anti-oksidan & anti radang. Sifat antioksidannya melebihi vitamin E dan vitamin C.
Jerangau mempunyai ciri-ciri anti-oksidan, merawat asma, mengubati sakit perut yang disebabkan oleh gastrik.
Mengkudu dapat membantu menstabilkan tekanan darah & aras kolestrol.
* semua maklumat di atas diperolehi dari maklumat melalui carian di internet dan pengamal perubatan tradisional.